BM | EN
Sebagai seorang Affiliate, terdapat beberapa amalan terbaik yang boleh anda praktikkan untuk memaksimumkan kejayaan anda.
Amalan-amalan terbaik di bawah dapat membantu anda meningkatkan jualan dengan membina penjenamaan anda sendiri serta menarik minat penonton anda melalui konten berkualiti tinggi.
Bahagian 1: Pendaftaran
AMALAN BAIK |
✅ Daftar menggunakan akaun media sosial yang boleh disahkan ✅ Daftar menggunakan akaun media sosial yang mempunyai bilangan pengikut tertinggi |
- Pendaftaran menggunakan media sosial yang tepat akan membantu Shopee memproses permohonan anda dengan lebih cepat.
- Selain itu, anda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk dipilih oleh penjual Shopee bagi mempromosikan produk mereka.
Bahagian 2: Penciptaan Konten
AMALAN BAIK |
✅ Hasilkan konten tersendiri dengan butiran promosi dan maklumat produk yang tepat ✅ Gunakan bahan kreatif yang disediakan oleh penjual untuk memastikan konten anda sepadan dengan pautan afiliasi |
DILARANG |
❌ Terbitkan konten/iklan/promosi yang mengelirukan sebagai clickbait untuk menarik lebih banyak penonton dan pembelian. |
- Dengan menghasilkan konten yang relevan untuk penonton anda, anda boleh membina kepercayaan dan meningkatkan kesedaran jenama peribadi dalam jangka panjang yang seterusnya meningkatkan penjualan.
- Ikuti 5 langkah ini untuk mencipta konten berkualiti tinggi yang boleh meningkatkan penglibatan penonton anda:
- Fahami Audiens Anda: Siapakah mereka, apakah masalah utama mereka, dan maklumat apa yang mereka perlukan?
- Buat Rangka: Rangka poin utama yang anda ingin sentuh dalam konten ]untuk membantu anda kekal teratur dan pastikan anda meliputi semua poin penting.
- Tulis dan Edit: Fokus pada mencipta ayat yang jelas dan ringkas yang mudah dibaca. Semak konten anda; pastikan ia bebas dari kesilapan dan mengalir dengan lancar.
- Tambah Visual: Menambah visual seperti gambar, infografik, dan video boleh membantu memecahkan kandungan anda dan menjadikannya lebih menarik.
- Optimumkan untuk Enjin Carian: Gunakan kata kunci yang relevan supaya konten anda mendapat ranking lebih tinggi di halaman hasil enjin carian dan memacu lebih banyak trafik ke posting anda.
Bahagian 3: Posting
AMALAN BAIK |
✅ Pastikan anda log masuk pada akaun Shopee Affiliate anda ketika menghasilkan pautan afiliasi. ✅ Kongsi cadangan dan promosikan barangan dalam kumpulan minat di platform awam. ✅ Tag akaun rasmi Shopee dan gunakan hashtag ketika memuat naik kandungan afiliasi di media sosial. ✅ Gunakan MyCollection untuk mengumpulkan barang promosi pilihan anda dalam satu halaman untuk rujukan pengikut anda. |
DILARANG |
❌ Gunakan alat query atau bot automatik untuk spam pautan dalam pelbagai saluran. ❌ Muat naik posting menggunakan media sosial peribadi orang lain untuk mencuri trafik. ❌ Posting pautan afiliasi di laman terlarang/torrent/penstriman. |
- Perkongsian dalam kumpulan minat awam dan penggunaan hashtag membantu mendedahkan konten anda kepada audiens baru yang mungkin tidak pernah melihatnya. Ini sekaligus meningkatkan jangkauan media sosial anda serta bilangan pengikut/pelanggan baru.
- Memuatnaik konten yang sama berulang kali kepada audiens yang sama boleh dianggap sebagai spam. Ini boleh menyebabkan sentimen negatif dari kalangan pengikut anda.
Bahagian 4: Iklan atau Ads untuk konten Media Sosial anda
DILARANG |
❌ Jalankan sebarang bentuk iklan untuk mempromosikan Shopee tanpa kebenaran bertulis daripada Shopee. ❌ Jalankan iklan kata kunci yang sama dengan yang telah dijalankan oleh Shopee/jenama. |
- Ini tidak disyorkan kerana ia boleh mengelirukan pengguna dan memberi kesan negatif kepada pengalaman mereka.
- Kita mestilah jujur dan telus dalam pengiklanan untuk mengekalkan kepercayaan pengguna dan mengelakkan isu undang-undang.